TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

  • Menyatakan maksud dan ciri-ciri keamanan dalam sesebuah negara.
  • Menyenaraikan kepentingan keamanan negara dan sejagat.
  • Menyatakan cara-cara memupuk keamanan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
TEMA 6-CABARAN MASA DEPAN

MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT

ANCAMAN DALAMAN

  • Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.
  • Kumpulan militant atau puak ekstremis.
  • Kegiatan jenayah.
  • Kebanjiran pendatang asing.
  • Kegiatan rasuah.
  • Pemalsuan dokumen.
  • Penyalahgunaan teknologi.

ANCAMAN LUARAN

  • Kegiatan lanun di perairan negara.
  • Kekacauan politik.
  • Pengaruh budaya barat.
  • Masalah alam sekitar.
  • Serangan mata wang.
  • Serangan penyakit-penyakit kritikal.
  • Jenayah siber atau bahan-bahan porno.

KESAN-KESAN ANCAMAN DALAMAN

  • Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya.
  • Merosakkan masa depan generasi muda.
  • Meningkatkan kadar jenayah.
  • Menggugat keselamatan negara.
  • Menjejaskan ekonomi negara.

KESAN-KESAN ANCAMAN LUARAN

  • Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas.
  • Merosakkan akhlak dan moral remaja.
  • Menyebabkan peningkatan suhu bumi.
  • Mengancam nyawa manusia.
  • Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno.

SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

  • Mengecam keganasan.
  • Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan.
  • Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

  • Menyeru ke arah keamanan.
  • Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia.
  • Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB)

  • Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang.
  • Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia.
  • Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.

MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (IHL) DIPRAKTIKKAN

  • Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen Geneva 1949.
  • Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk melindungi orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian, tawanan perang, hal-hal berkaitan agama.
  • Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM IHL

  • Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan dengan penuh rasa kemanusiaan.
  • Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan tidak berupaya.
  • Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan perubatan.
  • Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan.
  • Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap tawanan.
  • Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi.
  • Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam dengan tentera.

PERTUBUHAN YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN

  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • MERCY Malaysia.
  • Yayasan Salam Malaysia (SALAM)
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

  • Membunuh orang awam semasa peperangan.
  • Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri.
  • Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan.
  • Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan.
  • Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan.
  • Membunuh musuh yang telah menyerah diri.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s