BELAJAR BAHASA PUNJABI DI SEKOLAH

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia mempertimbang untuk melaksanakan pembelajaran bahasa Punjabi di sekolah sekiranya terdapat permintaan dan bilangan pelajar yang mencukupi untuk mempelajarinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekiranya dilaksanakan, ia akan membolehkan generasi muda Sikh menguasai bahasa ibunda sementara kaum lain dapat mempelajari bahasa Punjabi bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

“Adalah penting bagi kita semua belajar mengenai orang lain di negara ini kerana ia akan menyatukan kita semua,” katanya ketika merasmikan majlis rumah terbuka Vaisakhi di Gudwara Sahib Sentul di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden Gudwara Sahib Sentul, Gurdiall Singh.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi kegunaan Gudwara Sahib Sentul yang berusia 100 tahun untuk membaikpulih bangunan sedia ada, membina bangunan tambahan dan aktiviti komuniti Sikh di kawasan tersebut. KOSMO

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s