GARIS PANDUAN KESELAMATAN BARU DI SEKOLAH

MUAR 3 Mei – Kementerian Pelajaran akan mewujudkan garis panduan baru mengenai aspek keselamatan di dalam dan di luar sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin terutamanya bagi membanteras kegiatan penculikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, panduan itu telah dibincang dan pihaknya akan bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk merealisasikannya.

‘‘Kita ada satu pekeliling yang sudah dikeluarkan sejak sekian lama dengan memberi garis panduan tentang cara bagaimana keselamatan murid-murid di kawasan sekolah dapat dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah.

‘‘Tetapi dengan perkembangan yang berlaku, saya sudah minta lihat semula bagaimana kita hendak menubuhkan satu badan dan mewujudkan kesedaran melibatkan ibu bapa dan masyarakat untuk mempertingkatkan lagi aspek keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corporation Bhd, 7-Eleven dan Cosway Bhd. kepada Kementerian Pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Junid di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang kanak-kanak lelaki, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik pada 27 April lalu semasa dalam perjalanan ke sekolahnya di ibu negara sebelum ditemui semula di Rawang hari ini.

Sebanyak 15,000 biji bola bernilai kira-kira RM1 juta disumbangkan untuk sekolah-sekolah di seluruh negara bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

Menurut Muhyiddin, bagi aspek keselamatan di dalam kawasan sekolah, pihak pengurusan selepas ini perlu lebih berhati-hati dengan tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke sekolah sesuka hati.

Menurutnya, insiden penculikan tersebut tidak boleh dipandang remeh walaupun berlaku bukan di dalam kawasan sekolah dan meminta kerjasama ibu bapa untuk turut menanganinya. UTUSAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s