KUALITI BELAJAR SEIRING PRASARANA

PAGOH 4 Mei – Prasarana sekolah serba lengkap adalah tidak bermakna sekiranya kualiti pembelajaran tidak dititikberatkan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai kemudahan prasarana telah disediakan kerajaan demi mewujudkan suasana selesa dalam pengajaran para guru dan pembelajaran para pelajar.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Malaysia beruntung kerana usaha kerajaan berjaya menjadikannya sebagai antara negara dunia yang dapat menyediakan akses pendidikan kepada lebih 90 peratus rakyatnya berbanding negara lain seperti Indonesia.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai di Sarawak yang pernah saya lawati sebagai contoh, terpilih untuk diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) walaupun menggunakan bangunan kayu.

“Saya sendiri tertanya bagaimana sekolah di ceruk pedalaman ini boleh menjadi SBT, malah mempunyai hubungan dengan sekolah antarabangsa di United Kingdom dan Singapura walaupun berada di pedalaman.

“Prasarana tidak sehebat mana tetapi kualiti pembelajaran, kesungguhan ibu bapa memberi perhatian, pengajaran terbaik guru dan tumpuan pelajar sendiri menjadikan ia sekolah yang hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Semaseh dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SK Kampung Semaseh, di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menandatangani plak perasmian bangunan gantian SK Kampung Semaseh sebelum menyampaikan sijil penghargaan dan wang tunai RM150 kepada 20 pelajar cemerlang SPM tahun lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh dan Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Pagoh, Senator Noriah Mahat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kepentingan meningkatkan kualiti pembelajaran perlu diberi keutamaan demi mencapai taraf yang setanding dengan sekolah di negara-negara maju dunia. UTUSAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s