TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.

1. Mengapakah setiap individu digalakkan untuk mengembangkan potensi dirinya?

A Menimba ilmu pengetahuan

B Membina identiti diri yang positif

C Menonjolkan bakat dan kemahiran

D Mengenal pasti kekurangan pada diri

2. Seseorang yang mempunyai identiti diri yang positif akan sentiasa

A yakin terhadap kebolehan dirinya.

B memupuk semangat kekitaan.

C hidup aman dan sejahtera.

D bersaing dengan orang lain.

3.  Antara berikut, yang manakah merujuk kepada potensi diri seseorang individu?

I Bakat

II Kebolehan

III Kekuatan diri

IV Keyakinan diri

A I, II, dan III  B I, II, dan IV  C I, III, dan IV  D I, II, III, dan IV

4.  Antara berikut, yang manakah merupakan cirri-ciri yang terkandung di dalam perkembangan potensi jasmani?

I      Melakukan aktiviti riadah

II    Meningkatkan kualiti kehidupan

III  Mengembangkan kemahiran bakat

IV  Meningkatkan daya pengeluaran

A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV

5.  Bagaimanakah cita-cita atau matlamat hidup dapat dikecapi?

A Mengenal pasti potensi diri

B Mengembangkan potensi diri

C Menilai potensi diri

D Mengubah potensi diri

6.  Apakah kepentingan untuk mengembangkan potensi diri?

A Menonjolkan kemahiran dan bakat

B Mencapai kejayaan dalam kehidupan

C Menyumbang kepada masyarakat dan negara

D Melibatkan diri dalam pelbagai bidang

7.  Pilih situasi yang menunjukkan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri.

A Radiah bercita-cita untuk menjadi jurutera kerana ia merupakan pekerjaan bergaji tinggi

B Woon Yong gigih berlatih badminton setelah ditegur oleh ayahnya.

C Anita menyertai kem kepimpinan untuk meningkatkan keperibadian diri.

D Martin bergaul dengan murid-murid yang pandai supaya menjadi lebih popular.

8. Apakah potensi diri yang mungkin dimiliki oleh seseorang yang bercita-cita menjadi peguam?

A Daya kreativiti yang tinggi

B Lemah-lembut dan mesra

C Pandai berpidato dan bersyarah

D menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

9. Keperibadian seseorang individu merujuk kepada

I perlakuan

II pergaulan

III perwatakan

IV penampilan

A I, dan II B I , dan III C II, dan IV D III, dan IV

10. Bagaimanakah potensi diri dapat dikembangkan di alam persekolahan?

I Bakat

II Pendidikan

III Latihan yang berterusan

IV aktiviti kokurikulum

A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D I, II, III, dan IV

JAWAPAN

  1. B
  2. A
  3. A
  4. C
  5. B
  6. B
  7. C
  8. C
  9. B
  10. D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s