TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.

1. Yang berikut merupakan ciri-ciri pelajar yang mempunyai sahsiah dan sikap positif, kecuali

A. sentiasa berdisiplin

B. menegakkan pendapat sendiri

C. menjaga dan meningkatkan imej sekolah

D. mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat

2. Antara berikut yang manakah bukan kebaikan sahsiah dan sikap positif?

A.Sekolah berpotensi menjadi pusat kecemerlangan

B.Budaya ilmu dapat dipertingkatkan oleh para guru

C.Pemupukan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah

D.Pelajar lebih bertanggungjawab ketika menjayakan kegiatan ko-kurikulum

3. Mengapakah peraturan penting untuk sesebuah sekolah?

A.Supaya peristiwa yang tidak diingini berlaku

B.Supaya pelajar tidak nakal

C.Supaya pelajar dapat mendisiplinkan diri

D.Supaya guru dapat mengajar tanpa gangguan

4. Apakah tanggungjawab seorang guru Hal Ehwal Murid (HEM) dalam sesebuah sekolah?

I Mengekalkan disiplin di kalangan murid

II Menjaga keselamatan sekolah

III Menguatkuasakan peraturan sekolah

IV Menjaga kebersihan sekolah

A.I, II dan III

B.II, III dan IV

C.I, III dan IV

D.I, II, III dan IV

5. Mengapakah sekolah akan menjadi lebih selamat dan selesa dengan pemupukan sahsiah dan sikap positif?

A.Kerana pihak sekolah diberikan kemudahan yang secukupnya

B.Kerana pelajar bekerjasama menjaga keselamatan dalam kawasan sekolah

C.Kerana pelajar tidak perlu menjalani sesi kaunseling dan motivasi

D.Kerana pelajar tidak terlibat dalam perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang sekolah.

6. Tindakan yang manakah tidak membantu menjaga dan meningkatkan imej sekolah?

A.Penglibatan warga sekolah dalam program sekolah

B.Prihatin dan mengambil berat terhadap satu pihak dengan pihak yang lain

C.Menceritakan kehebatan dan keistimewaan sekolah sendiri   kepada pelajar sekolah lain

D.Memberi sokongan moral kepada rakan sekiranya tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acara.

7. Kerosakan peralatan sekolah menyebabkan

A.imej sekolah terjejas

B.murid tidak dapat belajar dengan selesa

C.murid dan guru terpaksa berkongsi peralatan

D.guru terpaksa mengeluarkan wang untuk membaikinya.

8. Sekiranya sekolah kamu menjadi johan dalam Pertandingan 3K peringkat kebangsaan, ini menunjukkan sekolah kamu mementingkan

I kesetiaan

II kebersihan

III keceriaan

IV keselamatan

A.I, II dan III

B.I, III dan IV

C.I, II dan IV

D.II, III dan IV

JAWAPAN

  1. B
  2. D
  3. C
  4. D
  5. D
  6. C
  7. B
  8. D

 

 

 

 

 

 

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s