TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Apakah hak-hak rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen?

I berpeluang membentuk kerajaan

II bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya

III boleh membuat pindaan perlembagaan sekiranya tidak sesuai

IV berhak menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

2. Apakah fungsi Jemaah Menteri dalam struktur pentadbiran Malaysia?

A. Menentukan arahan
B. Melaksanakan arahan
C. Membuat dasar kerajaan
D. Meluluskan undang-undang

3. Apakah yang dilambangkan oleh lima bilah keris pada perisai dalam Jata Negara?

A.Islam agama rasmi negara
B.Keberanian rakyat Malaysia
C.Hak istimewa orang Melayu
D.Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

4. Antara berikut, negeri-negeri manakah ketua agama Islamnya ialah Yang di-Pertuan Agong?

I Sabah

II Melaka

III Pahang

IV Kedah

A.I dan II
B.II dan III
C.III dan IV
D.I dan IV

  • Mahkamah Seksyen
  • Mahkamah Majistret

5. Kedua-dua mahkamah di atas merupakan Mahkamah ________________.

A.Rendah
B.Rayuan
C.Atasan
D.Tinggi

6. Badan manakah yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong?

A.Kabinet
B.Parlimen
C.Dewan Rakyat
D.Dewan Negara

7. Yang manakah merupakan ciri-ciri demokrasi berparlimen?

I Pilihan raya

II Presiden

III Raja berperlembagaan

IV Kebebasan asasi

A.I, II dan III
B.I, III dan IV
C.II, III dan IV
D.I, II dan IV

8. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan ______________.

A.akta
B.ordinan
C.enakmen
D.perlembagaan

9. Pernyataan yang manakah benar tentang hakim?

I Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

II Boleh melibatkan diri dalam politik negara

III Seseorang hakim tidak boleh dipecat tanpa sebab yang munasabah

IV Boleh membuat keputusan berdasarkan kepentingan peribadi.

A.I dan II
B.II dan III
C.I dan III
D.II dan IV  

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s