TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :

  • Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Menyenaraikan peranan  dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.
  • Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

  • · Pemeliharaan alam sekitar

               Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.

  • · Pemuliharaan alam sekitar

               Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.

 LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

  • Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.

 ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
  • Alam Flora Sdn. Bhd.

 JABATAN ALAM SEKITAR

 PERANAN

  • Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.
  • Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar negara.

 TANGGUNGJAWAB

  • Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
  • Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.

 AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR

PENEROKAAN HUTAN

  • Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah.

 AKTIVITI PERINDUSTRIAN

  • Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.

 KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR

 PENCEMARAN UDARA

PUNCA

  • Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.

 KESAN

  • Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.

 PENCEMARAN AIR

PUNCA

  • Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian

KESAN

  • Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.

 PENCEMARAN DARAT

PUNCA

  • Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.

KESAN

  • Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.

 PENCEMARAN BUNYI

PUNCA

  • Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.

KESAN

  • Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.

CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM

  • Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

KESAN-KESAN BENCANA ALAM

  • Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

 



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s