KAUM CINA

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.

Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.

Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.

Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the preservation of the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.

Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”.

Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.

Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.

Lawatan dan Kunjungan
Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.

Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.

Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.

Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.

Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.

Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak – kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.

Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :

  • Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang – undang.
  • Upacara minum teh – Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
  • Jamuan makan – Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.

Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.

Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.

Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

Kematian
Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.

Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati.

Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.

ADAT KELAHIRAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s