SIMBOL ASAS MALAYSIA

TUJUH SIMBOL ASAS MALAYSIA

Pada 17 September 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, mengumumkan tujuh simbol yang menjadi asas Malaysia. Bertitah pada satu majlis perhimpunan kanak-kanak, baginda menyeru semua kanak-kanak supaya mempunyai keyakinan teguh terhadap Malaysia yang baru ditubuhkan itu. Baginda bertitah bahawa simbol berkenaan ialah:-

BANGUNAN PARLIMEN

– Ia menjadi tugu keyakinan kita terhadap demokrasi berparlimen berdasarkan pilihan rakyat.

MASJID NEGARA

– Menjadi tugu kebebasan beragama kerana semua rakyat dan bangsa menyumbangkan wang bagi pembinaannya, selain wan yang diperuntukkan oleh kerajaan

KOLEJ UNIVERSITI DAN INSTITUSI PENGAJIAN LAIN

– Melambangkan keyakinan kita terhadap pelajaran dan usaha memberi ilmu kepada rakyat

   

STADIUM MERDEKA DAN STADIUM NEGARA

– Menjadi simbol tentang kepercayaan kita bahawa otak yang cergas terdapat pada tubuh yang sihat dan simbol bagu usaha mempuk persahabatan melalui sukan

    

           STADIUM MERDEKA                                           STADIUM NASIONAL – BUKIT JALIL

TUGU NEGARA

– Menjadi simbol semangat dan pengorbanan rakyat dalam mempertahankan negara

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

– Menjadi simbol kekayaan warisan dan kedudukan istimewa Bahasa Kebangsaan, yang menjadi bahasa rasmi Malaysia.

MUZIUM NEGARA

– Menjadi simbol utama usaha membina kebudayaan nasional.

Sumber: Buku Coretan Kenangan-Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (terjemahan daripada buku Looking Back tulisan Tunku)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s