TEMA 5 :MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.

1. Asas kerajaan demokrasi berparlimen ialah kerajaan yang memerintah dipilih oleh rakyat melalui 

A. undi rahsia

B. pilihan raya

C. referendum

D. perlantikan

2. Kerajaan pilihan rakyat harus bertanggungjawab menjaga ____________ rakyat

A. harta

B. hal-ehwal peribadi

C. kehidupan

D. kebajikan

3. Mengapa demokrasi selalu dikaitkan dengan Yunani?

A. Yunani adalah kerajaan yang pertama mengamalkan demokrasi

B. Perkataan pilihan raya berasal dari Yunani

C. Perkataan parlimen berasal dari Yunani

D. Yunani adalah negara pertama yang mengadakan pilihan raya

4. Siapakah yang layak mengundi dalam pilihan raya negara kita?

I Warganegara Malaysia

II Hanya lelaki

III Warganegara yang berumur 21 tahun ke atas

IV Warganegara yang berumur 21 tahun ke bawah

A. I dan II

B. III dan IV

C. I dan III

D. III dan IV

 5. Berikut adalah negara-negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali

A. Malaysia

B. Amerika Syarikat

C. India

D. China

6. Apakah maksud kerajaan demokrasi?

A. Pemerintahan yang sangat adil

B. Kerajaan yang dibentuk oleh raja

C. Pemerintahan yang dipilih oleh rakyat

D. Kerajaan yang disokong oleh semua rakyat

7. Ahli Suruhanjaya Pilihanraya dipilih mengikut syarat-syarat berikut, kecuali

A. tidak muflis

B. tidak memegang jawatan bergaji

C. umur tidak lebih daripada 65 tahun

D. wakil Dewan Undangan Negeri

8. Apakah kelebihan sistem demokrasi dalam pemilihan tokoh murid di sekolah?

A. Mewujudkan persaingan dalam kalangan murid

B Memberi peluang memilih rakan yang disukai

C. Dapat memilih calon yang bebar-benar layak

D. Dapat mengenali murid yang dicalonkan dengan lebih mendalam

9. Apakah perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan menjadi panduan untuk memerintah sesebuah negara?

A. Tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara kepada bangsa dan tanah air

B. Tugas-tugas utama Majlis Raja-raja dalam memelihara adat istiadat orang Melayu

C. Kuasa mutlak yang dimiliki oleh raja tetap dikekalkan dalam bidang tertentu

D. Tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan proses demokrasi melalui pilihan raya yang adil dan saksama

JAWAPAN

  1. B
  2. D
  3. A
  4. C
  5. D
  6. C
  7. D
  8. C
  9. A

 

Tinggalkan komen