KAUM MELAYU

Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada berpendapat perkataan Melayu berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.

Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.

A.H Keane, ahli antropologi berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripada campuran antara bangsa Kaukasus dengan bangsa Mongol. Pendapat ini berdasarkan teori yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggara seperti tersebut. Justeru itu, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan pulau – pulau Melayu atau Nusantara. Oleh yang demikian kelompok – kelompok bangsa Melayu amat besar di dunia.

Adat Melawat dan Berkunjung
Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan lawatan dan kunjungan.

  • Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
  • Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.
  • Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.
  • Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan. Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.
  • Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah dudk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas.
  • Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya. Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
  • Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan senduk terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana tidak sopan membiarkan ornag lebih tua memakan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak – anak.
  • Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau makanan yang terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan.
  • Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung sedikit dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh.
  • Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara kurng menyenangkan sehingga boleh menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran.
  • Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap dan tidak menghormati ornag lain.
  • Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali meninggikan suara seperti orang menengking.
  • Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah dia jangan bercakap dengan menjerit – jerit dati satu sudut ke satu sudut.
  • Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap suami bukan membelakanginya.

Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.

Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:

  • Menempah bidan
  • Menjamah perut
  • Melenggang perut
  • Mandi melenggang perut
  • Mengadap semangat

Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit – langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.

Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.

Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.

Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan – bidan yang ada di kawasan tidak dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.

Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan Johor, manakala istilah ‘ kirim perut’ pula difahami oleh orang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.

Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak kandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat penting.

Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak.

Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana besar, secupak beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur pinang.

Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta membetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat – kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.

Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.

Mandi Melenggang Perut
Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.

Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.

Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.

Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingan sebagai pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.

Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.

Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.

  • Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.
  • Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
  • Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat – sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
  • Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai gelap masa depan.

Mengerat Tali Pusat Bayi
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.

Menanam Uri dan Tembuni
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayitidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama – sama asam, garam, jarum, buku dan pensil supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.

TANGGAL PUSAT/CUCI LANTAI/NAIK BUAI

MEMBELAH MULUT

Tinggalkan komen