TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

Pilih jawapan yang sesuai bagi setiap soalan di bawa

1.  Dalam masyarakat Bajau, proses merisik akan dijalankan

A   apabila seseorang gadis menyukai seseorang jejaka.

B   apabila seseorang jejaka menyukai seorang gadis.

C   apabila seseorang jejaka menjangkau 20 tahun.

D   apabila seseorang gadis menjangkau akil baligh.

2.  Adat di atas dilakukan oleh kaum

A   Melayu

B   India

C   Cina

D   Orang asli

3.  Dalam adat perkahwinan, proses merisik dijalankan oleh masyarakat

I     Melayu

II   Cina

III India

IV  Bajau

A  I, II dan III

B   I, II dan IV

C   II, III dan IV

D   I, II, III dan IV

4.  Nilai yang dapat kita peroleh daripada penyataan di atas ialah nilai

A   kesabaran

B   hormat-menghormati

C   kebijaksanaan

D   berhati-hati

5.  Persamaan yang terdapat dalam adat kelahiran masyarakat Melayu dan masyarakat Cina ialah upacara

A  mencukur rambut.

B  naik buaian.

C  melenggang perut.

D  turun tanah.

6. Ruangan dibawah menunjukkan pasangan pakaian tradisional masyarakat Malaysia.Yang manakah pasangan yang  salah?

 

Lelaki

Perempuan

A Dhoti Sari
B Ceongsam Samfu
C Baju melayu Baju Kurung
D Pakaian manik perayaan Gawai Dayak Baju kebaya

7. Salah satu upacara sambutan Pesta Gawai ialah mempersembahkan tuak dan makanan kepada

A  Dewa gunung dan Dewa Sungai

B  Dewa Padi dan Dewa Kesejahteraan

C  Dewa padi dan dewa kekayaan

D Dewa pokok dan Dewa tanah

8. Pilih maklumat yang betul

I     Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal

II   Amalan pantang larang mencerminkan nilai-nilai luhur masyarakat dahulu

III Penganut agama Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci

IV  Orang Cina akan membawa limau kasturi ketika mengunjungi ketika mengunjungi saudara mara

A   I, II dan III

B   I, II dan IV

C   II, III dan IV

D   I, II,  III dan IV

9.  Antara yang berikut, penyataan yang manakah adalah tidak benar berkaitan dengan adat dan pantang larang kaum Cina semasa upacara kematian?

A  Mereka hendaklah memakai pakaian berwarna gelap sewaktu menziarahi orang yang telah meninggal dunia.

B  Ahli keluarga dilarang memakai barang kemas dan pakain yang berwarna cerah dan merah.

C  Kain hitam direntang pada pintu rumah.

D  Membakar kertas-kertas sembahyang.

10. Apakah tanda yang menunjukkan bahawa seorang wanita  India itu telah berkahwin?

A   Sari

B   Cincin

C   Gelang tangan

D   Thali

JAWAPAN:

1.         B

2.         A

3.         D

4.         B

5.         A

6.         D

7.         C

8.         A

9.         C

10.       D

Tinggalkan komen