TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT

PILIH JAWAPAN YANG SESUAI  BAGI SOALAN-SOALAN DI BAWAH 

1      Memelihara kesejahteraan alam merupakan tanggungjawab

A    kerajaan

B    setiap individu        

C    pemimpin

D    majlis perbandaran 

2      Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai kita?

I     Supaya kita mendapat bekalan air yang bersih

II    Untuk menjaga imej negara

III  Supaya kita dipuji oleh orang lain

IV  Agar terhindar daripada penyakit

A    I, II dan III

B    I, II dan IV             

C    I, III dan IV

D    II, III dan IV 

3      Antara berikut yang manakah merupakan peranan dan tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar?

A    Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran

B    Menggalakkan penebangan pokok secara berleluasa

C    Melakukan pembakaran secara terbuka

D    Menggalakkan pembuangan sampah di merata-rata tempat 

4      Bagaimanakah cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?

I     Penanaman semula pokok

II    Penebangan pokok secara berleluasa

III  Membuang sampah di merata-rata tempat

IV  Saling bekerjasama membersihkan alam sekitar

A    I dan II

B    II dan III                

C    I dan IV

D    III dan IV 

5      Antara berikut merupakan jenis-jenis pencemaran alam dan bencana alam kecuali

A    penanaman semula pokok

B    jerebu

C    tanah runtuh

D    kemarau panjang 

6      Pencemaran alam boleh berlaku apabila kita

I     membuang sampah di tempat yang disediakan

II    menanam pokok

III  melakukan pembakaran terbuka

IV  membuang sampah di merata-rata tempat

A    I dan II

B    I dan III                  

C    II dan IV

D    III dan IV 

7      Antara berikut merupakan punca pencemaran udara kecuali

A    asap-asap daripada kilang

B    asap-asap daripada kenderaan

C    tumpahan minyak daripada kapal

D    asap daripada pembakaran terbuka.

8      Pencemaran air akan mengakibatkan

I     kemusnahan habitat laut

II    air berkelodak

III  meningkatkan tahap kesihatan manusia

IV  udara berdebu

A    I dan II

B    II dan III                

C    III dan IV

D    II dan IV

9      Antara berikut merupakan langkah yang dapat diambil oleh penduduk sesebuah bandar dalam usaha 

menghijaukan alam sekitar kecuali

A    menanam pokok di kawasan sekitar

B    menghalang penebangan pokok

C    menanam bunga-bungaan di taman

D    menebang pokok yang baru ditanam

10    Kemarau berpunca daripada

A    kandungan lembapan tanah yang berkurangan kerana ketiadaan hujan

B    berlakunya limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu saliran

C    letupan gunung berapi

D    ketidakstabilan lereng atau cerun tanah tinggi

JAWAPAN

  1. B
  2. B
  3. A
  4. C
  5. A
  6. D
  7. C
  8. A
  9. D
  10. A

Tinggalkan komen